Friday, May 17, 2013

Life After SPM

Assalamualaikum :)

Akhirnya aku berjaya merajinkan diri nak tulis entri kat sini *tepuk tangan*
Tak tahu nak cerita pasal apa, macam dah bosan je blog sekarang ni, serius bosan!
Nak2 baca blog sendiri, kemain aku gigih baca balik entri aku yg lepas2, rasa macam nak tumbuk diri sendiri.
Bullshit ah.

Lepas SPM serius boring duduk rumah, so ambil lesen.
Pasal lesen ni lagi la macam harammm, aku fail JPJ test 4 kali, next entry ah aku cerita.
Bangang je rasa bila fikir balik pasal lesen ni.

Dulu kemain aku nak stop blogging sebab nak concentrate SPM kan?
Arrrghhhhh, tapi result entah apa2, takpe-takpe belajar bersyukur la woi.


Pasal result SPM ni, aku dapat 4A+ 1A 1A- 3B+  *doa supaya aku tak dituduh riak*
Nak riak apanya, result macam hidup segan, mampus tak mahu.
Aku target 7A tp maybe dah rezeki macam tu, sedih tengok orang dapat straight A's
Aku jealous la woi, mana boleh camni, aku belajar macam nak mati, engkorang macam tak belajar tp pandai.
Ok fine kita kena bersyukur, ingat bersyukur! jangan pandang orang atas kita, pandang orang bawah kita, k nangis

Then, aku dapat tawaran matrik, hmmmm nak pergi tapi........

Nogori ok, apa tempat best ada kat sana? takde k takde T.T
Takpe2 ingat niat pergi sana nak belajar, nak dapat 4 flat, so apa nak kisah kan.
Tapi malangnya aku terpaksa reject matrik ni sebab....

17/5 hari yg ditunggu2, semua marah upu lambat keluar, siap nak maki2, eiiii jahat engkorang ni tau *duduk depan cermin*
Alhamdulillah, guess what aku dapat course yg aku suka, selalu baca orang cakap 7A+++ je yg dapat.

ASASI SAINS

Pilih asasi sains sebab nak jadi doktor gigi, boleh? cehhhh 
Nak masuk uia amik course asasi pergigian tp tak layak, sobs
Rajin tau aku baca blog senior2 pasal uitm palam ni, macam seronok je kat sana.
UITM, please be nice to me okehh!

Kepada yg tak dapat mana2 tu jgn sedih, aku faham perasaan engkorang.
Aku pun pernah rasa down gila2 macam nak mati, banyak rezeki lain kat luar sana.
Betul, cakap pakai mulut memang senang, engkorang yg kena hadap ni yg susah kan?
Ok fineee, ye aku senyap, taknak cakap apa2 dah.
Aku doakan engkorang berjaya la ye, aku sendiri pun belum tentu berjaya kan.

Doakan aku berjaya capai cita-cita ok.
K dah tu je nak cerita, eh hambarnya entry, terima kasih, BYE :)





Thursday, February 16, 2012

Budak PMS. eh, SPM.

Yo yo what's up! what's up!
Sorry sorry salah.
Assalamualaikummmmmmm.


Ahhhhhhhhhh *sound effect sebab lega dapat update blog* boleh?
Maaf, pengumuman pengumuman aku malas nak update blog lagi sekarang ni sebab aku nak SPM, ulang lagi sekali SPM, dan lagi sekali SPM, ok last SPM . hahaha


Ada orang cakap SPM tu Soalan Paling Mudah, ok aku admit. tapi nak tanya ni. mudah sangat ke? berapa A+ kau dapat? 10? 20? 30? :D

So sekarang aku kekurangan masa online sebab tiap-tiap hari belajar sampai 20 jam*petir*
Dengar ada orang kata calon-calon SPM tahun 2012 ni adalah calon yang paling terbaik. riak kejap hewhew. ok tipu, takde siapa kata punggg.
Dah dah gua nak sambung belajar ni
*Belajar = naik katil, ambil bantal, tarik selimut. okbai nak tidur

Rindu kelas 4A. *itew pemalu*

Kenapa form 5 tahun ni ramai yang childish? huh

Okeng okeng dah.
Akhir kata, Good Luck semua SPM candidates :)
Bye. Jumpa lagi kalau berkesempatan dan dipanjangkan umur.