Sunday, December 8, 2013

Asasi UiTM PUNCAK ALAM

Assalamualaikum :)

Long time no see, long time no see *nyanyi ikut lagu Doom Dada*
Motif?saja, iolsss kan minat gila dekat TOP, sukahati iolsss la, hmmm
It's been such a long time since my last entry, i'm too busy with university life.
Padahal asasi je pun kan, bajet je macam dah degree, okay :(

Blog sekarang dah tak best, kakaka
Tapi biarlah aku nak semadikan kenangan aku sebagai Palamian kat sini.
Sebab sekejap je nak habis asasi dah, bulan 4 next year kot, tak sampai setahun pun.
Takut kalau tak tulis kat blog nnt aku lupa yang aku pernah belajar kat sini hahaha.


RUMAH/BILIK
Aku warga R5 ataupun lebih spesifiknya R5301/A1 
Aku dapat housemate roomate yg ohsem daebak cis amboi
Semua baik2, sayang engkorang.




Tengok ni, dah la cantik, sopan santun, pandai, baik pulak tu, mana nk dapat kawan2 mcm ni.
Siapa nak cari calon isteri silalah pilih kakakaka

THIS!

Ye bilik kat Palam tersangat la cantik dan engkorang akan rasa macam nak tidur je.
Tp bilik aku ni tak nampak cantik sbb aku yg malas nk kemas, itu yg bersepah.
Cer kalau pergi bilik orang lain, peh rasa nk tukar bilik.
Tapi gambar ni masa sem 1, sekarang sem 2 dah kemas sikit, ye betul dah kemas sikit,tak tipu, SIKIT je

Meja yang besar dan selesa untuk online sampai tengah malam, haaa untuk online je k belajar kt katil :D


Dan locker yg besar dan kau boleh sumbat macam2
Kadang2 time bosan kitorang main sorok2 dalam ni, ok tipu



View dr bilik yg kadang2 mcm cameron, cantik betei


KELAS/GROUP
Iolsss group F2
Kat sini je dah jumpa lagi 2 best friends.
Sakinah yg sekepala layan metal dan Natrah yg gila.
Budak2 pahang, penang, johor, kelantan, perlis semua negeri ada la.
Semua perangai peh rasa nak pecah perut kalau layan.
Korang power nokharom !



Satu group dalam 32 orang cenggitu, yep lelaki sangat sikit sebab ni Asasi Sains.
Kalau adik2 nak lebih banyak pilihan untuk cari calon suami silalah pilih Asasi Engineering.
Ishhhh ishhhh apa ni adik2, betulkan niat tu, datang nak belajar la woiii



Motif letak gambar banyak2? K saja je, kata nak buat kenangan kan, hikhikhik *lempang*





And the last one....
Tangga kejayaan, kesakitan, kesemputan dan sebagainya.



Gambar credit to instagram aisyahzlee, ainiatirahrozali and natrah. 
Kerja iolsss memang suka stalk orang, padan muka gambar kena curi, thanks uolsss
Till then, BYE  :)


Saturday, May 18, 2013

Life After SPM

Assalamualaikum :)

Akhirnya aku berjaya merajinkan diri nak tulis entri kat sini *tepuk tangan*
Tak tahu nak cerita pasal apa, macam dah bosan je blog sekarang ni, serius bosan!
Nak2 baca blog sendiri, kemain aku gigih baca balik entri aku yg lepas2, rasa macam nak tumbuk diri sendiri.
Bullshit ah.

Lepas SPM serius boring duduk rumah, so ambil lesen.
Pasal lesen ni lagi la macam harammm, aku fail JPJ test 4 kali, next entry ah aku cerita.
Bangang je rasa bila fikir balik pasal lesen ni.

Dulu kemain aku nak stop blogging sebab nak concentrate SPM kan?
Arrrghhhhh, tapi result entah apa2, takpe-takpe belajar bersyukur la woi.

Pasal result SPM ni, aku dapat 4A+ 1A 1A- 2B+ 1B  *doa supaya tak dituduh riak*
Nak riak mende? result macam hidup segan, mampus tak mahu.
Aku target 7A tp maybe dah rezeki macam tu, sedih je tengok orang dapat straight A's
Aku jealous la woi, mana boleh camni, aku belajar macam nak mati, engkorang macam tak belajar tp pandai.
Ok fine kita kena bersyukur, ingat bersyukur! jangan pandang orang atas kita, pandang orang bawah kita, k nangis

Then, aku dapat tawaran matrik, hmmmm nak pergi tapi........
Nogori ok, apa tempat best ada kat sana? takde k takde T.T
Takpe2 ingat niat pergi sana nak belajar, nak dapat 4 flat, so apa nak kisah kan.
Tapi malangnya aku terpaksa reject matrik ni sebab....


17/5 hari yg ditunggu2, semua marah upu lambat keluar, siap nak maki2, eiiii jahat engkorang ni tau *depan cermin*
Alhamdulillah, guess what aku dapat course yg aku suka, selalu baca orang cakap 7A+++ je yg dapat.
ASASI SAINS

Pilih asasi sains sebab nak jadi doktor gigi, boleh? cehhhh 
Nak masuk uia amik asasi pergigian tp tak layak, sobs
Rajin tau aku baca blog senior2 pasal uitm palam ni, macam seronok je kat sana.
UITM, please be nice to me okehh!

Kepada yg tak dapat mana2 tu jgn sedih, aku faham perasaan engkorang.
Aku pun pernah rasa down gila2 macam nak mati, banyak rezeki lain kat luar sana.
Betul, cakap pakai mulut memang senang, engkorang yg kena hadap ni yg susah kan?
Ok fineee.
Aku doakan engkorang berjaya la ye, aku sendiri pun belum tentu berjaya kan.
Orang cakap kat U nanti dah tak tengok berapa A masa SPM kau dapat, siapa rajin dia boleh survive.
So belum tiba masanya engkorang putus asa.

Btw doakan aku berjaya ok.
K dah tu je nak cerita, eh hambarnya entry, terima kasih, BYE :)