Tuesday, September 25, 2018

After So Long.............

Assalamualaikum :)


Okay kita start entry ni dengan bismillah. Bismillahirrahmannirrahim :)
Ikut last post aku tahun 2013 kan dan sekarang dah 2018 omaigod hampir 5 tahun takde post baru dah bersawang berhabuk dah ni. I'm back guysssssssssssssssss arghhhhhhhh *takde siapa kisah*. So kita tiup habuk dulu fuhhhhh fuhhhh *hachummm*

Actually aku nak try to make my writing sound more mature tapi rasa tak boleh lah haha rasa nak jugak taip macam budak-budak tak matang. Btw sekarang aku dah 23 okay dah besar dah makin cun lagi tu hahaha. Bila baca balik post dulu-dulu zaman budak zaman sekolah rasa menyesal tulis camtu tapi aku rasa post ni pun aku baca masa dah 30 tahun nanti pun aku menyesal kot haha.

Malas sebenarnya nak menaip tapi at the same time excited sebab rindu. Ni pun rasa nak restart blogging sebabkan ada seorang budak ni lah buatkan aku nak menaip balik hehe. Haaaa kalau dia baca ni dia tahu lah dia tu siapa. Aku taknak bagitahu ada entry baru biar dia sedar sendiri haha acah je penunggu setia blog ni kan.

Post ni pun takde tujuan pun sebab apa tapi cuma nak bagitahu lah kan aku nak start tulis aku punya life masa degree. Since life kat Palam pun aku semadikan dalam blog ni why not life kat UiTM Penang pon kena ada so baru adil sebab Aina pentingkan keadilan. Tapi laki aku nanti walaupun dia boleh berlaku adil pun aku takkan bagi dia kahwin dua paham! hahahaha k tiber.

So guys tunggu okay entry baru aku nanti. Tunggu je lah bila sebab aku pun tak tahu bila. Aku nak start kumpul gambar dari sem 1 sampai sem 8. Sebab kalau boleh aku nak tulis cerita pasal setiap sem. Sebab bagi aku every single moment dekat UiTMPP ni aku takkan lupa sampai bila-bila. Ada yang syok ada yang sedih. So tunggu je lah okay kalau ada siapa yang baca lah haha kalau takde lagi bagus lah buat malu aku je.




p/s: hai awak tengah baca kettew huhuhu


Okay kita akhiri post ini dengan trademark OK, BYE! LOL

No comments: