Saturday, August 27, 2011

Selamat Berpuasa Semua...Gua Tak Sabar !

Assalamualaikum.

Errkk! maksud aku Selamat Berpuasa Enam nanti  ^___^


Doodle comel tu aku curi kat SINI

Mesti ramai yang dah balik kampung kan T.T
Aku balik kampung esok kot...sabar tak sabar...

Tahun ni balik Batu Pahat, Johor...best!
Cehh...padahal tiap tahun memang balik Johor sebab emak bapak aku satu kampung :D

Nanti kalau aku dah balik Melaka, korang datang le rumah aku beraya...
Nak alamat? tak payah la..pandai2 la cari..
Tapi kalau nak datang tu bagi tahu awal2..
Jangan main serbu je...

Ye la kalau korang bagi tahu dulu nak datang...at least boleh la aku tutup pintu 
cepat2 biar korang tak dapat masuk...
Hahahaha

Okeh2..aku nak minta maaf kalau ada buat salah dan silap kat korang..
Mungkin ada TERkurang ajar ke...tapi tu TER tau bukan sengaja ;)

Korang pon kena minta maaf kat aku...
Siapa2 yang tak bagi duit raya lagi kat aku tu cepat minta maaf..
Kalau tak nak minta maaf..bagi duit raya cepat..haha


Last but not least *cehh*

HARI  SELAMAT  RAYA
ZAHIR MAAF BATIN DAN
*KORANG PAHAM KAN?*


Terima kasih akak jiejah sebab bagi kad raya  :)


p/s: merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka!
      *semangat nak laung sampai tujuh kali*


OK, BYE




Thursday, August 25, 2011

Gua Sehebat Siti Nurhaliza Mahupun Ning Baizura

 Assalamualaikum.

Tajuk nak mintak pelempang je...
Tapi memang aku dah jadi penyanyi sekarang...
Tu la sekarang aku dah malas nak hapdet blog cikai ni lagi..
Dah femes la katakan..muahahaha


Dengar la ni...single pertama gua  ^___^ 
Gelak la....gelak~
video
*Tak payah nak cari aku dengan Najwa sangat la kan ;)*
*Jangan nak komen cakap tak dapat tengok video...WAJIB tengok ^^*

Pehh! pakai kain batik kat kepala tu tak boleh blah 
Apa barang muka macam aku ni nak pakai kain batik...terpaksa buat muka tak tahu malu je..

Tapi aku rasa suara aku paling sedap la...dengar tak? dengar tak? *jangan harap boleh dengar*
Memang rugi kalau dorang tak ajak aku join hari tu..hahaha

First time nyanyi untuk kelas...semangat nak merdeka mehh....
Walaupun aku demam hari tu T^T...demi kelas yang tercinta...aku rela mengeluarkan suara hingga nak  terkeluar anak tekak...

Apa2 pun..gua bangga jadi anak Malaysia...cehh2..
Walaupun hakikatnya nama bapak gua bukan Malaysia..
Tapi ok jugak la kan Aisyah Aina a/p Malaysia  :D


Tunggu single gua yang kedua tau..
*Ahhh! single pejadah ramai2 haha*



p/s: jumpa lagi minggu depan la ye...
       kejap2! ada siapa yang nak otograp? :P




OK, BYE!



Sunday, August 14, 2011

Dah Kena Puji Tu Terima Je La


Assalamualaikum


Gua nak cerita pasal Facebook ni..
Sebelum lu orang sibuk tanya name gua sebab nak add gua...
Gua bagi tau dulu sebenarnya gua takde akaun Facebook pun...
Gua tau lu orang tak nak tanya tapi suka hati gua la nak bagi tau dulu  --'

Gua malas nak buat sebab gua malas...
*keling*

Lagipun gua kan duduk hutan...
Setakat nak cakap dengan beruk2 kat hutan tu face to face sudah la :P
Tapi gua tak sangka kawan baik gua 'Karim Beruk'  pun ad FB jugak...
Cisss....kurang ajar dia...

Tapi gua ada FB khayalan...
Lu orang memang tak ada kan? gua sorang je ada...

Dan gua selalu jumpa status atau komen perempuan2 yang macam ni...
Gayah Gorjes ni takde kena mengena dengan kakak Jiejah Gorjes...
Gua benci gila kat Najwa..haha


Banyak kali gua tengok kalau perempuan2 ni if ada orang puji mula la jadi macam tu...
Nak2 lagi bila orang puji gambar2 'comel' dia yang beriban tu...
Yang lelaki gua tak tau..lu orang fikir la sendiri...

Kalau gua la kan bila orang dah puji tu...
Gua terus cakap terima kasih banyak2..lain kali puji la lagi okeh  ^__^


Biar la muka tak malu pun asalkan tak jadi malu2 taik kucing...haha
Oh, pemalu tu sifat semula jadi perempuan...gua lupa  :D



p/s: gua ni bukan AISYAH AINA...jadi kepada yang terasa tu..jangan la marah dia..bhahaha








OK, BYE!



Friday, August 12, 2011

Sombong Itu Amalan Mulia?



Ahhh...dah lama tak menaip ni...
Malas..malas..malas...
Lagipun kita asyik sakit je  *lapar tu boleh dikira sakit tak?*

Kita sekarang tengah melayan perasaan sorang2...
Semua dah sombong dengan kita...
Sedih tau  T.T
Sombong tu amalan mulia? haram jadah!




Takpe2...baca la ni untuk orang2 yang sombong  :)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” 


Ok, jangan sombong2 lagi tau lepas ni...
Nak tau siapa yang sombong dengan kita? BUDAK NI
Hahaha...tak nak la bagi tau...tak baik dengki dengan orang kan  ;)


Disebabkan esok hari raya...dengan baik hatinya kita maafkan la awak2 yang sombong tu :D
Huahuahua...gila!   

KITA? AWAK?   = ='




       
p/s: mentally unstable...
    




OK, BYE!





Sunday, August 7, 2011

40 VIP BLOG GARY







p/s: gua sibuk...tengah berusaha menghabiskan baca novel  ^___^







Saturday, August 6, 2011

Jaga La Hati Baik-Baik


Assalamualaikum

Korang mesti selalu jumpa orang yang suka sangat jaga hati orang lain...bukan yang curi hati i lep u tu semua  --'


Jaga Hati = Menjaga Hati 
Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. 
*apa ni..aku google maksud ni tapi macam salah je...tak guna*



Salah gambar!  ni makan hati..haha


Aku memang tak pandai bab2 nak explain...tu la aku benci presentation kat sekolah...


Contoh:

Lawa la motor baru kau....aku macam nak beli jugak satu macam ni....hmmm...lawa lawa lawa lawa *pehh..berapa kali nak puji*
dalam hati:
'Bodohnya kau.....motor buruk macam dah nak meninggal ni kau pergi beli...kau jumpa tepi jalan apa....kalau nak bagi free kat aku pon 100 hari 100 malam aku fikir nak ambik ke tak..ataupon aku dah bunuh diri dulu...'


Sabar je la...mesti takde rezeki tu nak pass kali ni...try la next exam ok..mesti boleh buat punya..kau kan pandai sampai pengetua pon menangis hari tu kau lagi pandai daripada dia.
dalam hati:
'Tu la bangang sangat tak nak belajar rajin2..siang malam buat apa la tu...mesti asyik tidur je...otak pon lembap macam kura-kura...kura-kura pon malu nak mengaku kau lembap macam dia'


Depan cakap lain..hati kata lain...
Takkan nak cakap depan2 macam tu kan...kena la jaga hati orang sikit...
Kecik hati dia nanti...
Cakap belakang takpe la..haha *dosa*

Respect gila kat orang yang pandai jaga hati orang lain....
Tapi kadang2 kita kena berterus terang jugak kan...
Bosan la asyik kena puji je macam aku ni..hahaha


Jagalah hati kamu dahulu sebelum kamu menjaga hati orang lain.
*ayat curi*



p/s :  kawan yang memahami sangat penting ok...Najwa! cepat la balik Melaka   T.T



OK, BYE!



Tuesday, August 2, 2011

Hanya Kerana Ayam Panggang

   


TAK SEDAP LANGSUNG...HAHA


   Cerita ni berlaku tahun lepas bila aku tengok rancangan memasak..alaaa..bulan2 puasa memang macam ni kan..saja nak buat aku nak makan tv bila chef tu masak sedap2....bila tengok chef ni masak ayam panggang...fuhh! tahan je la nafsu ni...jadi aku pun nak try la jugak masak ayam macam tu...

   Aku salin la semua bahan2 dengan cara2 nak masak tu....tapi bukan main laju lagi dia tunjuk...tak sempat nak salin...nasib baik aku pakai astro yang boleh play, pause, stop tu....boleh la backward lepas tu pause(canggih tak? hahaha)

   Lepas tu, aku pun cari la bahan2 yang nak guna kat dapur ni....bila semua bahan dah sedia..aku pun ikut la cara2 memasak tu satu2...pehh! bukan main susah lagi...tengok chef tu buat senang je tadi...ni yang bengang ni...dah la lapar....aduh! sabar2....lepas 45 minit ikut semua step akhirnya siap jugak...ni yang nak bengang lagi sekali....kat tv 5 minit dah siap..kenapakah? kenapakah? :P

   Bila tengok jam dah pukul 6...lagi sejam lebih je nak buka ni...kena buat cepat2 sikit...aku pula lupa nak ambil pemanggang kat stor....aku guna pemanggang elektrik je(canggih tak lagi sekali? kahkahkah)..lepas dah siap sedia semua..aku pun letak ayam yang berapa ketul tu atas pemanggang...sambil nak tunggu lama ayam masak...aku dengar lagu kat ipod nano...

   Tunggu punya tunggu tak masak2 lagi ayam tu....aku apa lagi....dah penat sangat kan....tidur je la kat dapur sekejap sementara nak tunggu.....aku tak kisah pasal ayam tu sebab pemanggang tu automatic akan tutup sendiri kalau ayam dah masak.....entah macam mana tiba2 aku tersedar tapi bila tengok2 jam je dah pukul 9 malam...OMG!! huargghhhh! dah lama berbuka...cepat2 aku pergi kat pemanggang nak ambil ayam panggang aku...mesti dah masak kan sebab dah berapa jam ni...malang is odourless.....AKU LUPA NAK PASANG PLUG PEMANGGANG TADI.....ahhhhhhh  !@#$%^&*+(nasib baik dah masuk waktu berbuka..boleh mencarut sikit)...macam mana boleh lupa ni....

   Jadi, terpaksa la berbuka dengan kurma 10 biji je disebabkan terlalu lapar sebelum bercadang nak pergi bazaar walaupun hakikatnya bazaar dah lama tutup  T_T

    Aku rasa nak campak ipod nano kat longkang...disebabkan dia la aku tak dengar azan maghrib....

   Semenjak peristiwa paling manis ni...aku dah fobia nak makan ayam panggang lagi...bila aku nampak ada orang jual ayam panggang kat bazaar...dengan serta merta aku akan pandang penjual ayam panggang tu dengan pandangan paling tak puas hati..hahaha



p/s:  'aku' atas ni bukan aku tau   ^___^




OK, BYE!