Thursday, November 17, 2011

ROTFLMAO !

Assalamualaikum.
Tadikan waktu kita jalan-2 dekat mana entah tiba-2 jumpa semula video ni yang dah bertahun-tahun lamanya.
Dah lama tak jumpa video nih..sumpah kelakar gilewwww. hikhokhikhok


Enjoy!

HAHAhahaHAHAhahaHAHAhahahHAHA  #gelak dengan volume yang berbeza


Tak payah nak cakap tak dapat tengok sebab internet slow la, broadband
dah limit, bla bla bla bla ~  tau sangat dah..hahaha
Oh..dah pernah tengok eh? Okbaii.

p/s : ada orang tanya mana aku dapat telur kat entri lepas..telur gerak-2 tu aku
      ambil kat http://myem0.com/ 





Monday, November 14, 2011

Buang Kawan Ambil Sahabat


HELLO awak~
Hari tu kita beria sangat nak tahu daripada dia.
Lepas tahu, mata kita nak berair je .
Tetiba kita rasa nak nangis tapi nasib baik boleh sabar lagi .
Tapi hari ni bila kita baca semuanya, kita memang marah . panas je hati .
Malas nak gaduh dengan awak tapi awak yang buat kita gaduh.
Huh.sabar-2 . tapi kenapa depan kita awak baik belakang kita awak 
                 jahat ?

Apa-2 pun terima kasih jadi kawan 4 tahun kita . kata-2 awak tu dah buat
                 kita rasa indahnya dunia ni.
Harap kita takkan jumpa awak lagi tahun ni . 
                BYE awak~

               


 JANGANLAH KAU SUKA MENGHAKIMI KALAU KAU TAK SUKA DIHAKIMI

pehh...tak suka la serius-2 macam ni . 



p/s: aku  terpaksa jadi macam budak kecik siap ada menatang gerak-2 kat atas
       ni sebab kau pun macam budak kecik . bestkan jadi budak-2 . hewhewhew
       #cambahangang

p/p/s: wajarkah perkara yang dah 100 tahun lalu diungkit kembali? hhmmm
         sia-2 je aku minta pertolongan kau tapi kau ungkit . sampai hati kau kawan



                  

Tuesday, September 27, 2011

Errrr?


Oh yeah!
Lama tak update blog sampai Miz Novexx , sis chemay & sis amna cari2 aku dan dia rindu aku  :D
Aku bukan sibuk mentelaah buku macam Yousof kata..
Tapi sibuk pergi...errr..lain kali la aku cerita..


Nak cerita sikit ni..hari tu itew beli novel atas ni..
Best gila la novel ni...baik awak pergi beli..nanti boleh baca sama2 ok...
Nanti kalau birthday itew 7/11 awak bagi hadiah novel ye...
Macam Najwa yang dah janji nak belikan itew novel :)

Ok..tu je itew nak cakap..haha
Dah la..itew boleh gila duduk depan pc lama2...

Lagipun emak itew selalu marah itew sebab itew asyik online je...
Muka emak itew tengah marah..comel kan? terima kasyeh puji :D


ENTRI KHAS untuk Najwa ***** !


p/s: hmmm..untunglah kau kan :)



OK, BYE!





Saturday, September 3, 2011

Biar Pecah Di Mulut, Jangan Pecah Di Perut


Assalamualaikum

    Di arus pemodenan yang begitu drastik sekali...seringkali kita melihat perangai anak2 muda mahupun anak2 tua yang perasan muda yang begitu gemar mencarut sedangkan mereka sangat malas bila mana ibu2 mereka menyuruh mereka memarut kelapa dan semestinya mereka tidak   mahu menurut kata2 ibu mereka itu dan selepas itu mereka akan mencarut-carut lagi sambil   mengaru-garu perut. 
*karangan pendahuluan gua memang sentiasa terbaik..hahaha*


Aku taip mencarut kat google keluar si gambit ni pulak..apakah? hahahaha


Woi lahanat...siapa tak bagi lagi duit raya kat aku..cepat bagi sekarang la hawau!!!
Sial la raya tahun ni apesal tak best langsung..bodoh!!!
Cilake la siapa yang habiskan kuih semperit peberet gua...mampus la kau lagi bagus!!!

Wahahaha....kasau betul bahasa orang M****a ni
*ayat yang selalu orang cakap* MENCIK!

Atas ni bukanlah hasil carutan aku di hari raya tapi contoh je...aku mana suka mencarut2 ni...lagipun orang Jawa macam aku ni baik bukan macam orang M****a...kalau aku nak mencarut pun dalam hati je....hahaha...tapi memang sekarang ramai betul orang suka mencarut kan...kalau dulu lelaki je yang suka mencarut *sorry terbold pulak* tapi sekarang perempuan pun tak nak kalah malah lebih hebat lagi...sedarlah wahai rakan2 ku semua...mulut yang ada sekarang ni baik la kita manfaatkan dengan memasukkan makanan yang sedap banyak2 daripada mengeluarkan kata2 carutan yang banyak...kahkahkahkah

Mencarut kau rajin ye...bertakbir di pagi raya kau malas...
*Eh2..macam tengah cakap kat depan cermin la*

MENGARUT !



p/s: tajuk macam haremm  je  --'
p/s/s: jom baca entri ni...aku rasa dia ni mesti suka mencarut...hahaha  *maaf maaf maaf*



OK, BYE!




Saturday, August 27, 2011

Selamat Berpuasa Semua...Gua Tak Sabar !

Assalamualaikum.

Errkk! maksud aku Selamat Berpuasa Enam nanti  ^___^


Doodle comel tu aku curi kat SINI

Mesti ramai yang dah balik kampung kan T.T
Aku balik kampung esok kot...sabar tak sabar...

Tahun ni balik Batu Pahat, Johor...best!
Cehh...padahal tiap tahun memang balik Johor sebab emak bapak aku satu kampung :D

Nanti kalau aku dah balik Melaka, korang datang le rumah aku beraya...
Nak alamat? tak payah la..pandai2 la cari..
Tapi kalau nak datang tu bagi tahu awal2..
Jangan main serbu je...

Ye la kalau korang bagi tahu dulu nak datang...at least boleh la aku tutup pintu 
cepat2 biar korang tak dapat masuk...
Hahahaha

Okeh2..aku nak minta maaf kalau ada buat salah dan silap kat korang..
Mungkin ada TERkurang ajar ke...tapi tu TER tau bukan sengaja ;)

Korang pon kena minta maaf kat aku...
Siapa2 yang tak bagi duit raya lagi kat aku tu cepat minta maaf..
Kalau tak nak minta maaf..bagi duit raya cepat..haha


Last but not least *cehh*

HARI  SELAMAT  RAYA
ZAHIR MAAF BATIN DAN
*KORANG PAHAM KAN?*


Terima kasih akak jiejah sebab bagi kad raya  :)


p/s: merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka! merdeka!
      *semangat nak laung sampai tujuh kali*


OK, BYE




Thursday, August 25, 2011

Gua Sehebat Siti Nurhaliza Mahupun Ning Baizura

 Assalamualaikum.

Tajuk nak mintak pelempang je...
Tapi memang aku dah jadi penyanyi sekarang...
Tu la sekarang aku dah malas nak hapdet blog cikai ni lagi..
Dah femes la katakan..muahahaha


Dengar la ni...single pertama gua  ^___^ 
Gelak la....gelak~
video
*Tak payah nak cari aku dengan Najwa sangat la kan ;)*
*Jangan nak komen cakap tak dapat tengok video...WAJIB tengok ^^*

Pehh! pakai kain batik kat kepala tu tak boleh blah 
Apa barang muka macam aku ni nak pakai kain batik...terpaksa buat muka tak tahu malu je..

Tapi aku rasa suara aku paling sedap la...dengar tak? dengar tak? *jangan harap boleh dengar*
Memang rugi kalau dorang tak ajak aku join hari tu..hahaha

First time nyanyi untuk kelas...semangat nak merdeka mehh....
Walaupun aku demam hari tu T^T...demi kelas yang tercinta...aku rela mengeluarkan suara hingga nak  terkeluar anak tekak...

Apa2 pun..gua bangga jadi anak Malaysia...cehh2..
Walaupun hakikatnya nama bapak gua bukan Malaysia..
Tapi ok jugak la kan Aisyah Aina a/p Malaysia  :D


Tunggu single gua yang kedua tau..
*Ahhh! single pejadah ramai2 haha*



p/s: jumpa lagi minggu depan la ye...
       kejap2! ada siapa yang nak otograp? :P




OK, BYE!



Sunday, August 14, 2011

Dah Kena Puji Tu Terima Je La


Assalamualaikum


Gua nak cerita pasal Facebook ni..
Sebelum lu orang sibuk tanya name gua sebab nak add gua...
Gua bagi tau dulu sebenarnya gua takde akaun Facebook pun...
Gua tau lu orang tak nak tanya tapi suka hati gua la nak bagi tau dulu  --'

Gua malas nak buat sebab gua malas...
*keling*

Lagipun gua kan duduk hutan...
Setakat nak cakap dengan beruk2 kat hutan tu face to face sudah la :P
Tapi gua tak sangka kawan baik gua 'Karim Beruk'  pun ad FB jugak...
Cisss....kurang ajar dia...

Tapi gua ada FB khayalan...
Lu orang memang tak ada kan? gua sorang je ada...

Dan gua selalu jumpa status atau komen perempuan2 yang macam ni...
Gayah Gorjes ni takde kena mengena dengan kakak Jiejah Gorjes...
Gua benci gila kat Najwa..haha


Banyak kali gua tengok kalau perempuan2 ni if ada orang puji mula la jadi macam tu...
Nak2 lagi bila orang puji gambar2 'comel' dia yang beriban tu...
Yang lelaki gua tak tau..lu orang fikir la sendiri...

Kalau gua la kan bila orang dah puji tu...
Gua terus cakap terima kasih banyak2..lain kali puji la lagi okeh  ^__^


Biar la muka tak malu pun asalkan tak jadi malu2 taik kucing...haha
Oh, pemalu tu sifat semula jadi perempuan...gua lupa  :D



p/s: gua ni bukan AISYAH AINA...jadi kepada yang terasa tu..jangan la marah dia..bhahaha








OK, BYE!



Friday, August 12, 2011

Sombong Itu Amalan Mulia?



Ahhh...dah lama tak menaip ni...
Malas..malas..malas...
Lagipun kita asyik sakit je  *lapar tu boleh dikira sakit tak?*

Kita sekarang tengah melayan perasaan sorang2...
Semua dah sombong dengan kita...
Sedih tau  T.T
Sombong tu amalan mulia? haram jadah!




Takpe2...baca la ni untuk orang2 yang sombong  :)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” 


Ok, jangan sombong2 lagi tau lepas ni...
Nak tau siapa yang sombong dengan kita? BUDAK NI
Hahaha...tak nak la bagi tau...tak baik dengki dengan orang kan  ;)


Disebabkan esok hari raya...dengan baik hatinya kita maafkan la awak2 yang sombong tu :D
Huahuahua...gila!   

KITA? AWAK?   = ='




       
p/s: mentally unstable...
    




OK, BYE!





Sunday, August 7, 2011

40 VIP BLOG GARY







p/s: gua sibuk...tengah berusaha menghabiskan baca novel  ^___^







Saturday, August 6, 2011

Jaga La Hati Baik-Baik


Assalamualaikum

Korang mesti selalu jumpa orang yang suka sangat jaga hati orang lain...bukan yang curi hati i lep u tu semua  --'


Jaga Hati = Menjaga Hati 
Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. 
*apa ni..aku google maksud ni tapi macam salah je...tak guna*



Salah gambar!  ni makan hati..haha


Aku memang tak pandai bab2 nak explain...tu la aku benci presentation kat sekolah...


Contoh:

Lawa la motor baru kau....aku macam nak beli jugak satu macam ni....hmmm...lawa lawa lawa lawa *pehh..berapa kali nak puji*
dalam hati:
'Bodohnya kau.....motor buruk macam dah nak meninggal ni kau pergi beli...kau jumpa tepi jalan apa....kalau nak bagi free kat aku pon 100 hari 100 malam aku fikir nak ambik ke tak..ataupon aku dah bunuh diri dulu...'


Sabar je la...mesti takde rezeki tu nak pass kali ni...try la next exam ok..mesti boleh buat punya..kau kan pandai sampai pengetua pon menangis hari tu kau lagi pandai daripada dia.
dalam hati:
'Tu la bangang sangat tak nak belajar rajin2..siang malam buat apa la tu...mesti asyik tidur je...otak pon lembap macam kura-kura...kura-kura pon malu nak mengaku kau lembap macam dia'


Depan cakap lain..hati kata lain...
Takkan nak cakap depan2 macam tu kan...kena la jaga hati orang sikit...
Kecik hati dia nanti...
Cakap belakang takpe la..haha *dosa*

Respect gila kat orang yang pandai jaga hati orang lain....
Tapi kadang2 kita kena berterus terang jugak kan...
Bosan la asyik kena puji je macam aku ni..hahaha


Jagalah hati kamu dahulu sebelum kamu menjaga hati orang lain.
*ayat curi*



p/s :  kawan yang memahami sangat penting ok...Najwa! cepat la balik Melaka   T.T



OK, BYE!



Tuesday, August 2, 2011

Hanya Kerana Ayam Panggang

   


TAK SEDAP LANGSUNG...HAHA


   Cerita ni berlaku tahun lepas bila aku tengok rancangan memasak..alaaa..bulan2 puasa memang macam ni kan..saja nak buat aku nak makan tv bila chef tu masak sedap2....bila tengok chef ni masak ayam panggang...fuhh! tahan je la nafsu ni...jadi aku pun nak try la jugak masak ayam macam tu...

   Aku salin la semua bahan2 dengan cara2 nak masak tu....tapi bukan main laju lagi dia tunjuk...tak sempat nak salin...nasib baik aku pakai astro yang boleh play, pause, stop tu....boleh la backward lepas tu pause(canggih tak? hahaha)

   Lepas tu, aku pun cari la bahan2 yang nak guna kat dapur ni....bila semua bahan dah sedia..aku pun ikut la cara2 memasak tu satu2...pehh! bukan main susah lagi...tengok chef tu buat senang je tadi...ni yang bengang ni...dah la lapar....aduh! sabar2....lepas 45 minit ikut semua step akhirnya siap jugak...ni yang nak bengang lagi sekali....kat tv 5 minit dah siap..kenapakah? kenapakah? :P

   Bila tengok jam dah pukul 6...lagi sejam lebih je nak buka ni...kena buat cepat2 sikit...aku pula lupa nak ambil pemanggang kat stor....aku guna pemanggang elektrik je(canggih tak lagi sekali? kahkahkah)..lepas dah siap sedia semua..aku pun letak ayam yang berapa ketul tu atas pemanggang...sambil nak tunggu lama ayam masak...aku dengar lagu kat ipod nano...

   Tunggu punya tunggu tak masak2 lagi ayam tu....aku apa lagi....dah penat sangat kan....tidur je la kat dapur sekejap sementara nak tunggu.....aku tak kisah pasal ayam tu sebab pemanggang tu automatic akan tutup sendiri kalau ayam dah masak.....entah macam mana tiba2 aku tersedar tapi bila tengok2 jam je dah pukul 9 malam...OMG!! huargghhhh! dah lama berbuka...cepat2 aku pergi kat pemanggang nak ambil ayam panggang aku...mesti dah masak kan sebab dah berapa jam ni...malang is odourless.....AKU LUPA NAK PASANG PLUG PEMANGGANG TADI.....ahhhhhhh  !@#$%^&*+(nasib baik dah masuk waktu berbuka..boleh mencarut sikit)...macam mana boleh lupa ni....

   Jadi, terpaksa la berbuka dengan kurma 10 biji je disebabkan terlalu lapar sebelum bercadang nak pergi bazaar walaupun hakikatnya bazaar dah lama tutup  T_T

    Aku rasa nak campak ipod nano kat longkang...disebabkan dia la aku tak dengar azan maghrib....

   Semenjak peristiwa paling manis ni...aku dah fobia nak makan ayam panggang lagi...bila aku nampak ada orang jual ayam panggang kat bazaar...dengan serta merta aku akan pandang penjual ayam panggang tu dengan pandangan paling tak puas hati..hahaha



p/s:  'aku' atas ni bukan aku tau   ^___^




OK, BYE!



Friday, July 29, 2011

Perempuan Oh Perempuan

Assalamualaikum.

Lama wa tak online....
Lu tau sebab apa? lu tau ka? lu tak tau maa...

Hari ni hari jumaat...
Korang tau kan kalau hari jumaat ni aku dipertanggungjawabkan menjadi ustazah...haha



Ni nak cerita sikit pasal perempuan...


Kacau-mengacau.
Perempuan dengan perempuan
P1:  kau jangan kacau aku buat kerja boleh tak....apa ni...aku tumbuk kau mampus nanti kang...
P2:  takpe2...aku tumbuk kau pulak...bapak aku kuat...mesti aku kuat jugak  :P
Perempuan dengan lelaki 
P:   awak yang kacau itew ke tadi?takpe2...kacau la lagi kacau la lagi...suka itew tau awak kacau 
      itew (sambil cubit2 lelaki tu)
L:   apehal minah ni...annoying (dalam hati)





Ajak-mengajak.
Perempuan dengan perempuan
P1:  jom keluar pergi jalan2 weh...nak tak?kau sibuk ke?
P2:  weh bodoh..kau bukan nak ajak semalam...hari ni aku sibuk gila....jiran aku nak bunuh diri
       sekarang  ni..aku nak tolong dia....
P1: *alasan bodoh! cakap orang bodoh..dia lagi la bodoh*
Perempuan dengan lelaki 
L:   jom kita keluar jalan2...awak tengah sibuk tak sekarang ni?
P:   takde la awak...itew free je...baru itew nak ajak awak jalan2 tapi awak dah ajak itew dulu,
      tapi takkan jalan2 je kot?
                                                                         *pffttt*




Pinjam-meminjam.
Perempuan dengan perempuan
P1: pinjam buku weh..aku tak siap lagi...semalam sambut kucing aku beranak tak sempat nak 
      siapkan...
P2: tak nak bagi...biar la kau kena marah...ada aku kisah...peduli apa aku dengan kucing kau tu
      *tiba-tiba*
Perempuan dengan lelaki 
L: awak! saya nak pinjam buku boleh? semalam saya sambut emak saya bersalin....saya tak 
    sempat nak buat....boleh kan?
P: okeh....nak pinjam buku apa...amik la kat dalam beg itew ni....nanti kalau itew bersalin..awak
    tolong sambutkan jugak tau...
                                                



Benda ni bukan fakta tapi kenyataan kan...
Bila perempuan dengan perempuan perangai macam ****** tapi bila dengan lelaki baik pulak...

Tak perlu hipokrit kot...
Nak jaga saham la tu...
Ye la kalau tak sopan nanti emak mertua tak pilih..
Tapi jangan nak menggedik boleh?

Tak semua perempuan macam ni...
Bukti? aku! hahaha
Tapi memang ada kan yang macam ni...
Sabar je la...

Lelaki pon ada...tapi aku malas nak buat pasal lelaki...takut2...

Siapa yang terasa*aku tak!*...sorry!
Kalau takde siapa yang nak kawan ngan korang..
Meh kawan ngan aku...

Best apa dapat kawan macam ni...
Hari2 ada je benda nak kutuk dia....takde la korang bosan :D
Nasib baik semua kawan2 wa baik...




Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah
ustazah pilihan   ^__^



OK, BYE!



Friday, July 22, 2011

Aku nak Pemandu !


Aku sangat2 memerlukan driver untuk ambil aku 
balik sekolah time bulan puasa ni...
Balik je...pergi tak payah...
Macam ada yang nak jadi pulak kan :D


Selama ni aku balik sekolah naik bas...
*aku naik bas ni...sumpah best...macam bas nak balik kampung je tp penat tunggu :(*


Nak tunggu bas datang tu bukan main lama lagi...
Keluar sekolah pukul 2.40 tapi kadang2 pukul 3.30 baru bas ada...
Dah la minggu ni asyik kena tinggal dengan bas je sebab keluar lambat....
Bengang....panas2...

Ada bus stop tapi tak pernah duduk kat situ...
Kenapa? entah la...sanggup berpanas kot :D

Nak ambil lesen motor tapi birthday lambat lagi T_T

So ada siapa2 nak jadi driver aku..
Kereta disediakan...
Gaji sebulan RM 10 000..
Murah sangat? takpe2....RM 1 000 000 boleh?  kakaka


Habis la duit bapak aku...macam mana nak raya nanti...


OK, BYE!



Sunday, July 17, 2011

Orang Pekak Memang Comel



Hari Ahad duduk-duduk sambil mengenang nasib...
Makan-makan sambil tengok tv....


Lepas makan ni kena basuh pinggan...kalau tak basuh mampus la kena marah...
Perjalanan ke dapur mengambil masa 30 minit...memang lama  T_T 
*rumah aku besar sebab banyak binatang nak letak dalam ni* :D


Sebelum pergi dapur nak basuh pinggan tadi :
  
                         Emak : Jangan buka paip sinki dapur...paip dah nak pecah tu...
                         Aku   : Apa? tak dengar la...kejap-kejap...nak basuh pinggan dulu...

                                            
Pelbagai cabaran ke dapur ditempuhi selama setengah jam...amat memenatkan....
Setelah berpeluh-peluh akhirnya sampai jugak kat dapur rumah aku ni...hahahaha
Bermula lah adegan membuka paip dengan rakusnya...



Tiba-tiba.......
*bajet comel lak mamat ni*


                                             Aku    : Mak tolongggggggggggg! 100x
                                             Emak : Do I care?   *kahkahkahkah*



                                                                                                         
Fuhhhh! bestnya main air...tak payah mandi la macam ni...



p/s: lepas ni kena korek telinga setiap 5 minit   ^___^


OK, BYE!



Thursday, July 14, 2011

Comelnya kamu !


Selamat malam semua


Aku busy...banyak kerja nak kena buat...
Aku penat...banyak buku nak kena baca...


Aku dah boring dengan kucing kucing kucing kucing kucing kucing kucing aku...
Oh! 7 semuanya :D



Aku nak cuba bela binatang ni pulak :




ataupun





tak pun



kalau tak boleh jugak...yang ni la






Comel gila la kan...semua baby lagi :D



Agak-agak emak bapak aku kasi tak aku nak bela ni?
Kalau tak bagi takpe...




p/s: aku tak gila  ^__^

OK, BYE!




Sunday, July 10, 2011

Ubat Oh Ubat !


Selamat Hari Ahad semua...


Korang sihat tak?
Kalau tak sihat....pergi makan ubat banyak2....
Siapa cakap makan ubat banyak2 boleh mati sebab overdose...mana ada...
Aku makan tak overdose pon....ok je...sedap lagi tau...
Aku makan ubat kat bawah ni...serius sedap gila!




Sedap kan ubat gigi ni :)
Banyak perisa lagi tu...
Aku paling suka strawberry..sedap wehh...
Aku suka curi adik aku punya...


Tapi aku takut gila nak makan ubat yang pil macam Panadol tu...
Sebab aku takut nak telan....takut tercekik walaupun ada air...
Selama aku hidup ni berapa kali je aku makan Panadol...tu pon sebab terpaksa...
Aku siap tumbuk2 Panadol tu pakai lesung batu bagi dia hancur...hikhik

Pernah sekali time aku patah kaki masa darjah 4...doktor boleh pulak paksa2 makan pil sebelum nak x-ray kaki aku bagi tahan sakit...
Bengang gila kot...dah la masa tu aku kecik lagi...
Menangis aku kat klinik tu...bapak aku pon dah paksa2...
Aku tak tau nak buat apa dah....telan jugak la...

Nasib baik tak mati tercekik...haha
Kalau la kaki aku tak patah masa tu...nak je aku tendang doktor tu...
Sabar je la...


Takpe...nanti kalau aku dah jadi doktor...tunggu la aku balas dendam balik....
Paksa pesakit2 yang takut makan ubat suruh dia telan jugak sampai boleh...kahkahkah XD



OK, BYE!



Friday, July 8, 2011

Ketawa Lah Kau !


Tadi tengah best-best google macam2 benda sambil bergelak ketawa tiba-tiba keluar satu link blog ni....
Dia cakap 'banyak tertawa gelapkan hati'...
Macam tau2 je aku tengah gelak2..aku nak cari la mana tau ada CCTV kat rumah aku ni kan...
Kalau ada malu aku macam ni....

Dalam satu hadis, Nabi saw bersabda 'banyak tertawa dan tergelak-gelak 
itu mematikan hati'
'Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka'
'Barangsiapa yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat'
'Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur'

Aku memang setiap hari banyak gila ketawa...nak-nak lagi kat sekolah...
Time cikgu mengajar...susah la nak tahan...

Lagi satu korang punya blog yang kelakar2 tu paling buat aku ketawa...
Kadang-kadang macam orang gila gelak sorang-sorang...
Ni semua salah korang...kahkahkah XD



Dah la...aku nak pergi jalan2 cari tempat nak cucuk Botox kat pipi aku ni...
Biar bagi tegang sikit nanti susah nak ketawa :P




p/s: aku ustazah sambilan kat taska belakang rumah setiap hari jumaat...hahaha :D


OK, BYE!