Saturday, May 18, 2013

Life After SPM

Assalamualaikum :)

Akhirnya aku berjaya merajinkan diri nak tulis entri kat sini *tepuk tangan*
Tak tahu nak cerita pasal apa, macam dah bosan je blog sekarang ni, serius bosan!
Nak2 baca blog sendiri, kemain aku gigih baca balik entri aku yg lepas2, rasa macam nak tumbuk diri sendiri.
Bullshit ah.

Lepas SPM serius boring duduk rumah, so ambil lesen.
Pasal lesen ni lagi la macam harammm, aku fail JPJ test 4 kali, next entry ah aku cerita.
Bangang je rasa bila fikir balik pasal lesen ni.

Dulu kemain aku nak stop blogging sebab nak concentrate SPM kan?
Arrrghhhhh, tapi result entah apa2, takpe-takpe belajar bersyukur la woi.

Pasal result SPM ni, aku dapat 4A+ 1A 1A- 2B+ 1B  *doa supaya tak dituduh riak*
Nak riak mende? result macam hidup segan, mampus tak mahu.
Aku target 7A tp maybe dah rezeki macam tu, sedih je tengok orang dapat straight A's
Aku jealous la woi, mana boleh camni, aku belajar macam nak mati, engkorang macam tak belajar tp pandai.
Ok fine kita kena bersyukur, ingat bersyukur! jangan pandang orang atas kita, pandang orang bawah kita, k nangis

Then, aku dapat tawaran matrik, hmmmm nak pergi tapi........
Nogori ok, apa tempat best ada kat sana? takde k takde T.T
Takpe2 ingat niat pergi sana nak belajar, nak dapat 4 flat, so apa nak kisah kan.
Tapi malangnya aku terpaksa reject matrik ni sebab....


17/5 hari yg ditunggu2, semua marah upu lambat keluar, siap nak maki2, eiiii jahat engkorang ni tau *depan cermin*
Alhamdulillah, guess what aku dapat course yg aku suka, selalu baca orang cakap 7A+++ je yg dapat.
ASASI SAINS

Pilih asasi sains sebab nak jadi doktor gigi, boleh? cehhhh 
Nak masuk uia amik asasi pergigian tp tak layak, sobs
Rajin tau aku baca blog senior2 pasal uitm palam ni, macam seronok je kat sana.
UITM, please be nice to me okehh!

Kepada yg tak dapat mana2 tu jgn sedih, aku faham perasaan engkorang.
Aku pun pernah rasa down gila2 macam nak mati, banyak rezeki lain kat luar sana.
Betul, cakap pakai mulut memang senang, engkorang yg kena hadap ni yg susah kan?
Ok fineee.
Aku doakan engkorang berjaya la ye, aku sendiri pun belum tentu berjaya kan.
Orang cakap kat U nanti dah tak tengok berapa A masa SPM kau dapat, siapa rajin dia boleh survive.
So belum tiba masanya engkorang putus asa.

Btw doakan aku berjaya ok.
K dah tu je nak cerita, eh hambarnya entry, terima kasih, BYE :)





7 comments:

Sya said...

Like seriously, where have you been? Orang asyik tunggu update baru dia je, sobs. Finally ada jugak. *sorry ler lambat sikit buka hehe*


Tahniah akak wey dapat 4A+ dan A yang lain tu! Akak boleh jadi pembakar smgt saya. Doakan guwe utk SPM tahun depan okay :p

Unknown said...

hey tahniah!

NUR SABRINA FIRZANAH said...

waa taniah kak :) semoga berjaya dalam hidup ye

Addin said...

tahniah tahniah :D

AimiiiLove said...

Helloo kesayangan kuh :)

Al-Hamdulillah, finally sone with SPM :3

Dapat UITM ke, alahh why not UIA? Sedihh, kalau tak boleh jumpa. najwa dapat U ape dik?

Miss you love <3

ziyyad fahmi zahari said...

rindu dgn entry kau, #tibatiba anyway tahniah dpt uitm matriks bagai, gudluck aisyah. ni email aku. ko hantar name fb ke twitter ke. nak contact ko la. k. zeeyadfahmi@yahoo.com

Cik Kumbang said...

tahniah dik
all the best :)